Monday , 23 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ketika Wall Street Catat Prestasi Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ketika Wall Street Catat Prestasi Bercampur-campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ketika Wall Street Catat Prestasi Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Livevartha) –Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur.

Pada masa sama, niaga hadapan Amerika Syarikat (AS) turut susutberikutan pengumuman Nvidia yang mencatat perolehan hasil lebih rendah daripada jangkaan dan menandakan pertumbuhan pesatnya kini menghampiri hadnya.

Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.

Indeks itu dibuka menokok 1.63 mata lebih tinggi pada 1,599.81.

Bagaimanapun, pasaran meluas positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 194 berbanding 167manakala 271 kaunter kekal tidak berubah, 1,834 tidak didagangkan dan 23 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 164.23 juta unit bernilai RM112.83 juta.

Mengulas Nvidia, Malacca Securities Sdn Bhd berkata prestasi itukurang daripada jangkaankerana walaupun penganalisis optimistik, namun syarikat itu berkemungkinan tidak dapat merealisasikannya.

“Kalangan peniaga akan terus memantau beberapa peristiwa penting termasuk jualan rumah sedia ada AS; tuntutan penganggurandan indeks keyakinan pengguna di zon Eropah.

“(Di peringkat tempatan) menjelang musim cuti akhir tahun ini, kami kekal yakin terhadap prospek industri pelancongan dan penerbangan yang disokong oleh momentum dicatatkan AirAsia X Bhd dan Capital A Bhd," katanya.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...