Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Sentimen Lemah Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Sentimen Lemah Serantau

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Sentimen Lemah Serantau

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu sejajar dengan sentimen lemah di bursa serantau berikutan kebimbangan yang timbul terhadap ketegangan geopolitik Timur Tengah, kata penganalisis.

Pada pukul 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.68 mata kepada 1,644.71 daripada 1,656.39 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks penanda aras itu dibuka 13.61 mata lebih rendah kepada 1,642.78.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 421 berbanding 107, manakala 304 kaunter kekal tidak berubah, 1,578 kaunter tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan 229.76 juta unit bernilai RM149.30 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pihaknya menjangkakan tekanan jualan semalaman di Wall Street mungkin mempengaruhi pasaran tempatan, mengehadkan kenaikan dalam tempoh terdekat.

“Saham Amerika Syarikat mengalami penyusutan, sebahagiannya disebabkan oleh serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel, yang mendorongketegangan di Timur Tengah. Peristiwa penting yang akan dipantau pelabur termasuk senarai gaji bukan ladang dan tuntutan pengangguran.

“Pada Oktober, kami yakin pelabur mungkin memberi tumpuan kepada sektor pembinaan, hartanah dan utiliti menjelang Belanjawan 2025 Malaysia selain mengikuti berita berpotensi mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura,” tambahnya.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun 6.0 sen kepada RM10.48, Public Bank susut 5.0 sen kepada RM4.56, CIMB Group kurang 10 sen kepada RM7.90, Tenaga Nasional menguncup 8.0 sen kepada RM14.32, manakala IHH Healthcare meningkat 4.0 sen kepada RM7.28.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...