Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, April 17 (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki penurunan Wall Street dalam tempoh semalaman apabila pelabur kekal dengan sentimen berhati-hati dalam keadaan ketidaktpastian ekonomi yang berterusan berkaitan dasar tarif Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.00 mata kepada 1,473.92 daripada 1,476.92 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.75 mata lebih rendah kepada 1,475.17.

Lingkungan pasaran adalah negatifdengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 232 berbanding 91, manakala 212 kaunter tidak berubah, 1,875 kaunter tidak didagangkan, dan 19 yang digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 141.63 juta saham bernilai RM64.54 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah walaupun bermula kukuh, apabila sentimen pelabur berubah kepada berhati-hati apabila Pengerusi Rizab P ersekutuan AS (Fed) Jerome Powell memberi amanaran mengenai keadaan ekonomi AS.

“Selain itu, isu caj suku tahunan Nvidia sebanyak US$5.5 bilion (US$1 = RM4.40) berkaitan sekatan eksport cip ke China dan negara lain turut mencetuskan jualan dalam sektor teknologi.

“Sementara itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS terus susut kepada 4.28 peratus,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...