Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kembimbangan Terhadap Tarif Timbal Balik AS
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kembimbangan Terhadap Tarif Timbal Balik AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kembimbangan Terhadap Tarif Timbal Balik AS

KUALA LUMPUR, 9 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan di Wall Street dan dalam persekitaran pelabur bersikap berhati-hati terhadap tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa hari ini.

Ia menyebabkanmeningkatkan kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan global, kata seorang penganalisis.

Semalaman,Indeks Dow Jones Industrial Average jatuh 0.84peratus kepada 37,645.59,Indeks S&P 500 turun 1.57peratus kepada 4,982.77, manakalaNasdaq Composite merosot2.51 peratus kepada15,267.91.

Pada jam 9.05pagi, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 17mata atau 1.18 peratus kepada 1,426.56daripada penutupan pada Selasaiaitu 1,443.56.

Indeks penanda aras itu dibuka lebih rendah sebanyak 6.55mata pada 1,437.01.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 400berbanding 65 dengan 182kaunter tidak berubah, 1,705tidak diniagakan dan 10 digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 193.75 juta unit bernilai RM115.43juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih rendah selepas Presiden AS, Donald Trump mengenakan tarif terkumpul 104 peratus ke atas China, berkuat kuasa hari ini.

"Kesemua tiga indeks utama Wall Street dibuka kukuh bagaimanapunditutup rendah daripada paras tertinggi," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...