Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kelembapan Ekonomi AS
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kelembapan Ekonomi AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kelembapan Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Livevartha)– Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan, dibuka rendah pada Selasa dipengaruhi olehprestasi hambar Wall Street.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata penurunan itususulankebimbangan yang semakin meningkat mengenaiekonomi Amerika Syarikat (AS) yang semakin lemah ditambah oleh kenyataandikeluarkan Presiden AS Donald Trump pada hujung minggu lepas.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67mata kepada 1,522.79daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Barometer utama itu dibuka 10.45mata lebih rendah kepada 1,526.01.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 548berbanding 53manakala 199kaunter tidak berubah dan 1,574kaunter tidak diniagakan serta tujuhyang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 290.13juta unit bernilai RM167.47 juta.

Justeru, Thong berkata peluang untuk lebih banyak penurunankadar faedah mungkin berlaku, dijangka sebanyak tiga kali tahun iniapabila hasil 10 tahun AS susut kepada 4.219 peratus.

Di peringkat tempatan, beliau sebelum ini menjangkakan kenaikandaripada sesi dagangan sebelumnya, bagaimanapunia tidak berlaku.

Sebaliknya, indeks menghadapi tekanan berterusan daripada jualan berterusan, ditutup sekitar paras 1,535, menandakan paras terendah setakat ini, iadiburukkan lagi dengan kelemahan serantau yang meluas.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...