Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Meningkat, Jejak Prestasi Semalaman Pasaran AS
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat, Jejak Prestasi Semalaman Pasaran AS

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat, Jejak Prestasi Semalaman Pasaran AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Livevartha) –Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan lebih meningkat, didorong oleh prestasi semalaman saham-saham Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Pada9.06am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67 daripada1,636.54 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok2.02 mata pada 1,638.56.

Sentimen pasaran hampir tidak berubah dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu132 berbanding 130 manakala243 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,972 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak137.68 juta unit yang bernilaiRM81.41 juta.

Naib Presiden Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi apabila Dow Jones dan S&P500 mencecah paras tinggi menjelang pengumuman pelaporan prestasikorporat terkini dan tidak dipengaruhi peningkatan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS pada 4.09 peratus.

Di peringkat tempatan FBMKLCI mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih positif di tengah-tengah sentimen berhati-hati.

Beliau berkata jumlah dagangan harian juga hanya meningkat sedikit daripada paras dua bilion saham ketika pelabur-pelabur runcit terus memaparkan sikap berhati-hati.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...