Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia melantun dan dibuka meningkat pada Jumaat, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham mewah walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang bercampur-campur.
Pada9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.22 mata atau 0.14 peratus kepada1,575.24 daripada 1,573.02, semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka naik2.58 mata lebih tinggi pada 1,575.60.
Sentimen pasaran hampir mendatar dengan 154 kaunter untung berbanding 161 rugi manakala277 kaunter tidak berubah, 1,804 tidak diniagakan dan lapan lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak168.00 juta saham bernilaiRM82.45 juta.
Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur ketika peniaga cuba membuat pelarasan susulan penangguhan tarif 90 hari antara China dan Amerika Syarikat bagi memanfaatkan sentimen optimis namun berhati-hati itu.
Di peringkat tempatan, beliau berkatapasaran tempatan mungkin memerlukan pemangkin kukuh bagi membolehkan indeks penanda aras menguji paras 1,600 selepas gagal mengekalkan momentum positif sepanjang minggu ini.
"Setakat ini, kami melihat indeks itu berkemungkinan mencerminkan prestasi pasaran serantauyang amat terdedah kepada ketidaktentuan luar yang berterusan.