Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Hampir Mendatar
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Mendatar

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Mendatar

KUALA LUMPUR, 21 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar, menjejaki prestasi semalamanWall Street yang lemah.

Pada 9.05 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.75 mata kepada 1,504.91 daripada 1,504.16 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.29 mata kepada 1,503.87.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 125 berbanding 115, dengan 199 kaunter tidak berubah, 1,998 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 92.11 juta saham bernilai RM49.78 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd,Wall Street rendah selepas mencatatkan kenaikan sebelumnya berikutan ketidaktentuan mengenai tarif oleh Donald Trump dan kebimbangan berhubung pertumbuhan ekonomi yang lembap secara berterusan.

Katanya walaupun terdapat ketidaktentuan mengenai tarif AS, eksport Malaysia kekal kukuh pada Februari, naik6.2 peratus tahun ke tahun, didorong oleh produk elektrik dan elektronik (E&E) serta minyak sawit.

“Kami menjangka minat yang berterusan dalam sektor semikonduktor dan E&E, disokong oleh kerjasama Malaysia selama 10 tahun dengan Arm Holdings danperbelanjaan teknologi global yang berterusan dalam kecerdasan buatan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tempoh peralihan monsun dari Machingga Mei dapat menjana minat di kaunter tebatanbanjir, pembinaandan bahan binaan, katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...