Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Livevartha) –Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya pda Selasa, melonjak 2.32 peratus ke paras tertinggi dalam dua bulan, dipacu oleh sentimen risiko yang kembali pulih berikutan Amerika Syarikat (AS) dan China mengambil keputusan untuk meredakan ketegangan dagangan hujung minggu lepas.
Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.32 peratus atau35.89 mata kepada1,582.39 daripada1,546.50 ketika ditutup pada Jumaat.
Indeks pasaran utama itu dibuka 14.89 mata lebih tinggi kepada 1,561.39, paras terendah hari ini, sebelum meningkat secara konsisten untuk mencapai paras tertinggi intra hari 1,582.55 pada sesi petang.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi874 kepada323, manakala 408 kaunter tidak berubah, 778 tidak diniagakan dan lapan digantung.
Jumlah dagangan naik kepada4.16 bilion unit bernilaiRM4.48 bilion berbanding kepada2.94 billion unit bernilai RM1.89 bilion yang dicatatkan Jumaat lepas.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn BhdMohd Sedek Jantanberkata persetujuan antara AS dan China untuk mengurangkan tarif secara ketara melonjakankeyakinan pelabur, dengan saham tempatan meningkat selepas Bursa Malaysia ditutup pada Isnin kerana cuti Hari Wesak.
“Prospek perdagangan yang lebih baik telah melonjakkansemula keyakinandi seluruh pasaran serantau, meletakkan indeks penanda aras Malaysia pada kedudukan berpotensi untuk kenaikan dalam jangka masa terdekat,” katanya kepada Livevartha.
Selain itu, Mohd Sedek berkata data runcit yang menggalakkan juga turut membantu meningkatkan sentimen pasaran, mengukuhkan pandangan bahawa permintaan domestik kekal kukuh.