Home Pasaran Bursa Malaysia Catat Kenaikan Tetapi Kemudian Merosot Disebabkan Sentimen Lemah
Pasaran

Bursa Malaysia Catat Kenaikan Tetapi Kemudian Merosot Disebabkan Sentimen Lemah

Bursa Malaysia Catat Kenaikan Tetapi Kemudian Merosot Disebabkan Sentimen Lemah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi, menjejaki prestasi semalamanWall Street yang kukuh tetapi kemudiannya merosot disebabkan kekurangan pemangkin baharu.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.93 mata kepada 1,503.52 daripada 1,505.45 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.05 mata kepada 1,506.50.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 151 berbanding 100, dengan 248 kaunter tidak berubah, 1,927 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 106.07 juta saham bernilai RM43.71 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lepasapabila pilihan saham dan indeks,bersama dengan niaga hadapan indeks dan saham tunggal, tamat tempoh.

“Walaupun ketiga-tiga indeks utama meningkat semula daripada paras terendah harian, dagangan kekal tidak menentu berikutan sentimen kekal berhati-hati dalam ketidaktentuan tarif.

“Sementara itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat meningkat kepada 4.25 peratus,” katanya kepadaLivevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...