Home Pasaran Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau berikutan kebimbangan terhadap geopolitik di Timur Tengah, kata penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.06 mata atau 0.37 peratus kepada 1,654.03 berbanding 1,660.09 semasa ditutup pada Jumaat. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.80 mata lebih tinggi kepada 1,661.89.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 604 berbanding 399, dengan 439 kaunter tidak berubah, 1,040 tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.32 bilion saham bernilai RM1.25 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan indeks petunjuk pasaran tempatan berada dalam julat antara 1,660 dan 1,670 hari ini.

“FBM KLCI terus menyaksikan konsolidasi walaupun beberapa cubaan untuk mengatasinya. Bagaimanapun, kami menjangkakan anjakan meningkat, dipacu minat belian berikutan penilaian menarik, keadaan ekonomi bertambah baik, dan pendapatan korporat yang kukuh,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, beliau berkata Wall Street ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan sentimen bertukar bercampur-campur selepas beberapa siri laporan pekerjaan yang kurang memberangsangkan.

"Pelabur berharap kepada penurunan yang sederhana, dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat meredakan inflasi tanpa menjejaskan pertumbuhan dengan ketara, disokong oleh penurunan kadar 50 mata asas yang diumumkan pada mesyuarat dasar bulan ini," katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Menjelang Belanjawan 2025
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Menjelang Belanjawan 2025

Oleh Kisho Kumari Sucedaram KUALA LUMPUR, 12 Okt (Livevartha) –Bursa Malaysia dijangka...

FBM KLCI Dibuka Rendah Tetapi Suasana Pasaran Kekal Positif
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Rendah Tetapi Suasana Pasaran Kekal Positif

Oleh Kisho Kumari Sucedaram KUALA LUMPUR, 11 Okt (Livevartha) — Indeks barometer...

Niaga Hadapan MSM Akhiri Penurunan Tiga Hari Berturut-turut Untuk Ditutup Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Akhiri Penurunan Tiga Hari Berturut-turut Untuk Ditutup Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 11 Okt (Livevartha) — Kontrak...

Ringgit Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 11 Okt (Livevartha) — Ringgit meningkat...