Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Dengan Prestasi Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Dengan Prestasi Tinggi

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Dengan Prestasi Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Rabu sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau, apabila pelabur terus membeli saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter utiliti.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 4.62 mata atau 0.29 peratus kepada 1,611.58 daripada 1,606.96 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka sedikit tinggi kepada 1,606.97 dan bergerak antara 1,606.53 hingga 1,615.15 sepanjang sesi pagi.

Keseluruhan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 608 berbanding 357, manakala 521 kaunter tidak berubah, 925 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 2.27 bilion unit, bernilai RM1.55 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan momentum meningkat dijangka berterusan dengan bermulanya tempoh aktiviti memperelok akaun memandangkan musim pelaporan prestasi kewangan telah berakhir.

“Memandangkan harga minyak mentah juga lebih tinggi dan pendapatan kukuh yang dicatatkan saham perladangan, kami menjangkakan wujudnyapeluang dagangan dalam sektor perladangan.

“Dolar Amerika Syarikat (AS) diunjurkan lebih kukuh berikutan data pekerjaan yang positif, yang mungkin memberi manfaat kepada saham berorientasikan eksportseperti teknologi dan sarung tangan,” tambahnya dalam nota penyelidikan.

Sementara itu, seorang penganalisis berpendapat sentimen pembelian di pasaran tempatan dilihat meningkat susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan terus mengimbangi usahamengukuhkan kedudukan fiskal di samping menyokong momentum pertumbuhan ekonomi negara.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...