Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Pagi Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Pagi Tidak Berubah

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Pagi Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan tidak berubah, seiring prestasi pasaran serantau dalam persekitaran prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut0.01 peratus atau0.27 mata kepada1,599.82 daripada1,600.09 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka0.32 mata lebih tinggi pada1,600.41 dan bergerak antara1,595.70 dan1,606.28 sepanjang sesi dagangan pagi ini.

Sentimen pasaran secara meluas dilihat sedikit negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 475 daripada 416 manakala494 kaunter tidak berubah, 1,088 tidak diniagakan dan 58 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.99 bilion unit bernilai RM1.37 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun dipengaruhi sentimen di Wall Street, ia menjangkakan minat belian pasaran tempatan tertumpu dalam sektor berorientasikan eksport seperti saham teknologi dan sarung tangan, disokong oleh kecenderungan menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).

“Selain itu, kami kekal positif terhadap saham berkaitan rantaian bekalan pusat data dan sektor pembinaan, utiliti sertabahan binaan,disokong oleh pelaburan pusat data awal tahun ini,” kata firma broker itu dalam satu nota.

Secara teknikal, ia melihat parasrintangan indeks penanda aras itu pada 1,615-1,620 dan sokongan pada 1,580-1,585.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Hong Leong Bank masing-masing susut 4.0 sen kepada RM10.02 dan RM20.02, Public Bank tidak berubah pada RM4.49, CIMB turun3.0 sen kepada RM8.01, dan Tenaga menguncup2.0 sen kepada RM13.92.

Related Articles

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Ringgit...