Home Pasaran Belian Semasa Harga Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Belian Semasa Harga Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul, sekali gus membolehkan indeks utama kembali melepasi paras 1,590.

Pada pukul 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.10 mata kepada 1,596.05 daripada 1,589.95 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.37 mata lebih tinggi kepada 1,592.32.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 224 berbanding 119, manakala 300 kaunter tidak berubah, 1,675 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 195.84 juta unit bernilai RM128.46 juta.

Bursa Malaysia ditutup pada Selasa sempena cuti umum perayaan Thaipusam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pihaknya menjangkakan indeks FBM KLCI bergerak dalam julat 1,585 hingga 1,595 hari ini dengan tumpuan kekal terarah kepada saham mewah.

Beliau berkata petunjuk dari Wall Street pula tidak menentu kerana pelabur bimbang dengan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell bahawa peningkatan perang perdagangan global mungkin menggagalkan sebarang harapan untuk pengurangan kadar faedah.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot daripada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan ekoran kebimbangan mengenai tarif menyeluruh 25 peratus yang dikenakan ke atas import keluli dan aluminium oleh Trump yang bermula hari ini, selain kemungkinan kelewatan atau ketiadaan pengurangan kadar oleh Fed.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Mac (Livevartha) — Indeks utama...