KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan meningkat sedikit, disokong oleh aktiviti belian berterusan dalam saham-saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen optimis terhadap prospek ekonomi, katapenganalisis.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 0.90 mata, atau 0.06 peratuskepada 1,533.86 berbanding 1,532.96, semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.03 mata kepada 1,533.99.
Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 183 berbanding 119, sebanyak 258 kaunter tidak berubah manakala 1,814 tidak diniagakan dan 13 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak186.42 juta saham bernilai RM79.79 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd pula menjangkakanpasaran saham tempatan kekal kukuh, didorong oleh prestasi memberangsangkan Wall Street, penilaian FBM KLCI yang masih dilihat sebagai menarikserta aktiviti memperolek akaun.
“Kami mengekalkan pendirian positif terhadap sektor pembinaan dan utiliti, disokong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) bagi segmen pusat data.
“Selain itu, susulan perbelanjaan modal oleh Tenaga Nasional yang berlanjutan hingga separuh kedua 2025, kami yakin ini memberi manfaat kepada pakar infrastruktur tenaga dan pengeluar kabel,” katanya dalam satu nota penyelidikan.
Mengulas prospek pasaran secara menyeluruh, firma pembrokeran itu berkata pada minggu ini, tumpuan peniaga beralih kepada pengumuman data ekonomi ASseperti kadar pengangguran negara maju itu,data pekerjaan bukan ladangserta ucapan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan ASJerome Powellyang dijadualkan malam ini.