Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Belian Saat-saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Dalam Zon Positif
Pasaran

Belian Saat-saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Dalam Zon Positif

Belian Saat-saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Dalam Zon Positif

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Livevartha) — Aktiviti belian pada saat-saat akhir, terutama bagi saham-saham kewangan dan perladangan,memacu momentumBursa Malaysia untuk mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih positif, sekali gus menamatkan penyusutan dalam sesi awal.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 1.55 mata atau 0.09peratus kepada1,615.64 berbanding paras 1,614.09, semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 2.05 mata kepada 1,616.14 dan bergerak dalam julat 1,610.77 dan 1,617.78 pada hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu538 berbanding 537 manakala519 kaunter lain tidak berubah, 862 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada3.24bilion unit bernilaiRM2.74bilion berbanding 3.60bilion unit bernilaiRM3.30bilion, semalam.

Seorang penganalisis berkata pembelian berterusan saham-saham perbankan jelas menunjukkan peningkatan keyakinan pelabur susulan prestasi kewangan lebih kukuh bagi suku ketiga 2024.

Saham-saham kewangan wajaran tinggi sepertiPublic Bank dan Maybank masing-masing naik empat sen kepadaRM4.57 dan RM10.22,RHB menokok satu sen kepada RM6.58 manakala Hong Leong Financial menokok dua sen kepada RM18.50.

Dalam pada itu,CIMB Securities mengekalkan saranan “overweight” atau wajaran tinggiterhadap sektor perbankan dengan pemangkin penarafan semula berdasarkan keuntungan bon pendapatan bukan faedah dan kemungkinan peningkatan pertumbuhan pinjaman.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...