Home Pasaran Aktiviti Perelok Akaun Pacu Kenaikan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Aktiviti Perelok Akaun Pacu Kenaikan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Aktiviti Perelok Akaun Pacu Kenaikan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Livevartha) –Bursa Malaysia meningkat pada dagangan tengah hari ini, didorong oleh aktiviti memperelok akaun yang berterusan dalam kaunter tertentu, didahului segmen utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Pada12.30 tengah hari, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.23 peratus atau3.71 mata kepada 1,601.04 daripada paras1,597.33 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka tidak berubah dan bergerak dalam julat 1,594.75 hingga 1,602.38 sepanjang sesi pagi.

Sentimen pasaran negatif sedikit apabila kaunter rugi mengatasi untung iaitu429 berbanding 384 manakala 527 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,131 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.35bilion unit bernilai RM941.73 juta.

Bagi saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional meraih 22 sen kepada RM14.02, Hong Leong Bank menokok 18 sen kepada RM20.30, YTL Corporation menambah 3.0 sen kepada RM2.15, Hong Leong Financial Group meningkat 18 sen kepada RM18.12 manakala Petronas Chemicals Group menokok 2.0 sen kepada RM4.80.

Saham paling aktif menyaksikankemunculan pertama Carlo Rinodi Pasaran ACE susut 4.5 sen kepada 22.5 sen, Supermax naik 8.0 sen kepada RM1.18, Top Glove menokok 6.0 sen kepada RM1.37, Jati Tinggi meraih 6.5 sen kepada 47 sen, Kinergy Advancement (KAB) meningkat setengah sen kepada 34.5 sendan Pestech menambah 1.5 sen kepada 18.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas Shariah mencatat 21.18 mata kepada 12,304.32, Indeks FBM Emas naik 18.00 mata kepada 12,280.03 dan Indeks FBMT 100 naik 20.23 mata kepada 11,966.22.

Indeks FBM 70 menambah 3.95 mata kepada 18,414.02 manakala Indeks FBM ACE meningkat 9.42 mata kepada 5,251.28.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...