Monday , 24 February 2025
Home Pasaran Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi
Pasaran

Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Jan(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, dalam persekitaran sentimen serantau yang semakin pulih, seiring dengan prestasi positif di Wall Street.

Selain itu, sentimen tempatan mendapat rangsanganselepas pengeluarandata jumlah perdagangan Malaysia untuk 2024 awal hari ini, yang merekodkan RM2.88 trilion, meningkat 9.2 peratus tahun ke tahun, melepasi paras RM2 trilion untuk empat tahun berturut-turut.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.62 mata, atau 0.36 peratus, kepada 1,572.34 daripada 1,566.72 ketika ditutup pada Jumaat.

FBM KLCI, yang dibuka 4.42 mata lebih tinggi pada 1,571.14, bergerak antara 1,563.48 dan 1,575.11 sepanjang sesi hari ini.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 628 berbanding 397, manakala 473 kaunter tidak berubah, 879 tidak diniagakan dan 19 digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada2.95 bilion unit bernilaiRM2.45 bilion daripada3.10 bilion unit pada Jumaat bernilaiRM3.06 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata kepada Livevartha bahawa indeks utama serantau mencatatkan kenaikan, disokong oleh optimisme daripada perbincangan antara Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Presiden China, Xi Jinping, yang memberi petunjuk kemungkinanketegangan antara AS-China akan mereda.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pasaran bertindak balas secara positif terhadap kenyataan Trump berhubung perbincangan menerusitelefon dengan Xi yang lancar pada Jumaat, dengan kedua-dua pemimpin dilaporkan bersetujumenangani isu perdagangan utama dengan segera.

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 22 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...