Home Ekonomi WTCKL Terima Anugerah Pusat Konvensyen Dan Pameran Terbaik Di TIA 2024
Ekonomi

WTCKL Terima Anugerah Pusat Konvensyen Dan Pameran Terbaik Di TIA 2024

WTCKL Terima Anugerah Pusat Konvensyen Dan Pameran Terbaik Di TIA 2024

fb World Trade Centre Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Livevartha) — Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menerimaAnugerah Pusat Konvensyen dan Pameran Terbaik pada majlis Anugerah Industri Pelancongan (TIA) 2024 yang berlangsung di sini pada Jumaat lepas.

Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata pencapaian tersebut menunjukkan komitmen WTCKL terhadap kecemerlangan mengikutpenanda aras globaldalammenyediakan ruang dan perkhidmatanbagi pelbagai jenis acara.

“Kami tekad untuk terus berinovasi dan menaikkan standard industri dalam memastikan setiap acara yang diadakan di WTCKL berimpak tinggi. Kecemerlangan ini membuktikan usaha keras dan dedikasi pasukan kami serta sokongan teguh daripada semua pemain industri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anugerah itu juga membolehkan WTCKL berkembang maju danberdaya saing khususnya dalam mempromosikan segmen pelancongan Muslim sekali gusmembuatkan Malaysia terus dikenali sebagaihab pelancongan di peringkat antarabangsa.

TIA 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) bersama Majalah Santai Travel dan Persatuan Fesyen, Model dan Ratu Cantik Malaysia (MFMPA)bertujuan untuk mengiktiraf pertubuhan dan individu yang telah memberisumbangan signifikan kepadaindustri pelancongan negara.

Program itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Anugerah Pusat Konvensyen dan Pameran Terbaik berkenaan disampaikanTimbalan Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Yeoh Soon Hin.

— Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....