Home Ekonomi Westin Hotels & Resorts umum pembukaan The Westin Nirup Island Resort & Spa, Batam
Ekonomi

Westin Hotels & Resorts umum pembukaan The Westin Nirup Island Resort & Spa, Batam

Westin Hotels & Resorts umum pembukaan The Westin Nirup Island Resort & Spa, Batam

THE Westin Nirup Island Resort & Spa, Batam.

PETALING JAYA: Westin Hotels & Resorts, sebahagian daripada portfolio global Marriott Bonvoy, mengumumkan pembukaan The Westin Nirup Island Resort & Spa, Batam, sebuah destinasi kesihatan yang menenangkan di Pulau Nirup yang mempesona.

Terletak hanya 20 minit menaiki feri dari Terminal Harbourfront Singapura atau 40 minit dari Harbour Bay Batam, resort ini menawarkan pengalaman menyeluruh untuk pemulihan dan penyegaran diri di sebuah pulau peribadi. 

Para tetamu boleh menikmati aktiviti seperti berjalan dalam alam semula jadi, menyelam, bengkel kesihatan, dikelilingi keindahan tropika dan pantai yang bersih.

Kemasukan ke resort ini amat mudah dengan kemudahan imigresen dan kastam di lokasi serta marina peribadi untuk kapal layar, menjanjikan permulaan percutian yang lancar dan eksklusif.

Naib Presiden Serantau, Indonesia dan Malaysia Marriott International, Ramesh Jackson berkata, pembukaan resort ini menandakan langkah penting bagi Westin dalam memperluas kehadiran di destinasi percutian utama. 

“Resort ini dibina berasaskan Prinsip Kesejahteraan Westin, tidur lena, makan sihat , bergerak aktif untuk mencipta ruang yang menenangkan demi keseimbangan hidup,” katanya dalam kenyataan. 

Jelasnya, terdapat 94 bilik dan suite yang luas serta 52 vila peribadi, dengan pemandangan langit Singapura.

“Katil Heavenly® generasi baharu, pancuran Heavenly Shower dan kemudahan bilik mandi eksklusif.

“Seni bina terinspirasi daripada warisan komuniti orang laut. Vila disusun secara berkelompok untuk suasana yang intim, sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan,” katanya,

The Westin Nirup Island Resort & Spa, Batam merupakan tempat perlindungan sempurna untuk menyegarkan minda, tubuh dan jiwa dalam suasana semula jadi yang memukau.-UTUSAN

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...