Home Ekonomi Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Ekonomi

Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia

Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia

MAJLIS penyenaraian Waqf ETF di Bursa Malaysia.

PETALING JAYA:  Ahli Kumpulan Kenanga Investors (Kenanga Investors), Eq8 Capital Sdn.Bhd. (Eq8) dan   Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) melancarkan dana dagangan bursa (ETF) pertama di dunia yang menggabungkan ciri wakaf.

Eq8 FTSE Malaysia Enhanced Dividend Waqf ETF (Waqf ETF atau EQ8WAQF) disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) hari ini.

Waqf ETF bertujuan untuk mengagihkan pendapatan setiap tahun, dengan separuh daripada pendapatan agihan akan disalurkan sebagai aset wakaf manakala separuh lagi akan dibayar kepada pemegang unit. 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors, Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis berkata, Waqf ETF menegaskan komitmen berterusan Kenanga Investors dalam memajukan pelaburan impak, terutamanya dalam iklim semasa. 

“Wakaf kini diiktiraf secara meluas sebagai tiang utama sokongan bagi pembangunan sosio-ekonomi Malaysia dan memberi sumbangan kepada Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

“Kami melihat pelancaran ini selaras dengan seruan kerajaan untuk meningkatkan kerjasama antara badan-badan agama, sektor awam dan swasta dalam usaha untuk memaksimumkan potensi aset wakaf bagi membiayai projek-projek seperti pendidikan, kesihatan, pemberdayaan ekonomi dan alam sekitar. 

“Ini mencerminkan semangat wakaf dalam mencipta manfaat jangka panjang yang mampan untuk komuniti, memupuk keadilan sosial dan menangani keperluan masyarakat yang mendesak,” katanya dalam kenyataan.

Waqf ETF adalah produk ketiga berteraskan wakaf yang diterbitkan oleh kumpulan ini sejak pelancaran Kenanga Waqf Al-Ihsan Fund pada 2021.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...