Friday , 15 November 2024
Home Ekonomi Vetece Bakal Ke Pasaran ACE Sasar RM24.5 Juta Daripada IPO
Ekonomi

Vetece Bakal Ke Pasaran ACE Sasar RM24.5 Juta Daripada IPO

Vetece Bakal Ke Pasaran ACE Sasar RM24.5 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) — Vetece Holdings Bhd menyasar untuk mengumpul RM24.5 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 28 Ogos ini.

Vetece ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) perusahaan dengan portfolio meliputi penyepaduan aplikasi dan pengurusan daftar masuk tunggal, kejuruteraan dan analitikdata,pengurusan perhubungan pelanggan, ujian perisian serta infrastruktur peralatan dan perisian di premis dan awan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Chan Wai Hoong berkata penyenaraian di Pasaran ACE akan memberi peluang baharu untuk mempercepat rancangan pertumbuhan syarikat dan memanfaatkan peluang luas dalam industri yang pantas dan pesat berkembang.

“Kami merancang untuk mengembangkan portfolio penyelesaian IT perusahaan kami dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), memandangkan ada permintaan yang semakin meningkat untuk syarikat seperti kami melaksanakan penyelesaian AI.

“AI adalah masa depan dan saya percaya AI menjadi semakin penting dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang,” katanya pada sidang media sempena pelancaran prospektus di sini, pada Khamis.

Beliau berkata rancangan bagi mengukuhkan penyepaduan aplikasi perusahaan serta penyelesaian kejuruteraan dan analitik data perusahaan juga akan terus dilakukan.

“Pada masa sama, kami menyasar untuk menubuhkan pusat kecemerlangan bagipenyelesaian perisian bertujuanmengembangkan keupayaan kami dalam mengendalikan projek pelanggan antarabangsa di luar Malaysia,” katanya.

Menerusi kenyataan susulan pelancaran prospektus itu, Vetece akan memperuntukkan RM2.2 juta atau sembilan peratus daripada keseluruhan hasil untuk memperkenalkan penyelesaian pengendalian dan analitik data dipacu AI, bertujuan melengkapkan penawaran penyelesaian IT perusahaan sedia ada.

Sebanyak RM3.3 juta atau 13.4 peratus pula akan digunakan untuk memperkukuh operasi Singapura dalam usaha memanfaatkan peranan negara sebagai pintu masuk ke rantau Asia Pasifik.

Related Articles

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil
Ekonomi

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 14 November– Kadar jangka pendek antara bank ditutup...

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 14 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Minyak transformer berupaya mengurangkan risiko kebakaran di pencawang elektrik

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir / Foto RTMBANGI,...

Ekonomi

Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport RM4.8 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Meja Bulat para...