Home Ekonomi Untung Bersih Suku Pertama Tahun Kewangan 2025 AMMB Naik 32 Peratus Kepada RM500 Juta
Ekonomi

Untung Bersih Suku Pertama Tahun Kewangan 2025 AMMB Naik 32 Peratus Kepada RM500 Juta

Untung Bersih Suku Pertama Tahun Kewangan 2025 AMMB Naik 32 Peratus Kepada RM500 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Livevartha) — Keuntungan bersih AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) meningkat 32.2 peratus kepada RM500.20 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun 2024 daripada RM378.37 juta pada tahun sebelumnya, terutamanya berikutan caj rosot nilai lebih rendah.

AmBank Group dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, bagaimanapun hasil menyusut kepada RM1.18 bilion daripada RM1.20 bilion.

Menurut kumpulan perbankan itu, caj rosot nilai bersihnya pada suku berkenaan lebih rendah kepada RM12.3 juta (suku pertama tahun kewangan 2024: RM190.4 juta) berikutan "caj rosot nilai yang lebih baik dalam perbankan runcit dan perbankan perniagaan.”

Pendapatan faedah bersih (NII) meningkat 6.4 peratus tahun ke tahun kepada RM860.9 juta (suku pertama tahun kewangan 2024: RM808.7 juta) berikutan pengembangan margin faedah bersih (NIM) kepada 1.89 peratus (suku pertama tahun kewangan 2024: 1.76 peratus).

Pinjaman kasar, pendahuluan dan pembiayaan menokok 2.9 peratus tahun ke tahun khususnya dipacu oleh pertumbuhan pinjaman perbankan perniagaan sebanyak 16.5 peratus tahun ke tahun.

Pendapatan bukan faedah (NOII) menyusut 19.2 peratus tahun ke tahun kepada RM317.6 juta (suku pertama tahun kewangan 2024: RM393.2 juta) berikutan "keuntungan penjualan AmGeneral Insurance Bhd yang tidak berulang sebanyak RM51.1 juta, dan keuntungan dagangan dan sekuriti yang lebih rendah.”

“Pendapatan bersih daripada operasi yang berterusan berjumlah RM1.178 bilion adalah 2.4 peratus lebih tinggi tahun ke tahun, diteraju pertumbuhan NII 6.4 peratus, diimbangi oleh penurunan 7.1 peratus NOII,” katanya.

Jumlah deposit pelanggan merosot 4.8 peratus setakat ini pada tahun ini kepada RM135.5 bilion (tahun kewangan 2024: RM142.4 bilion) memandangkan kumpulan itu menguruskan kos dana dan mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk meningkatkan margin.

Deposit masa tidak banyak berubah setakat ini pada tahun ini kepada RM89.7 bilion (tahun kewangan 2024: RM89.6 bilion) manakala akaun semasa dan simpanan (CASA) susut 13.3 peratus setakat ini pada tahun ini kepada RM45.8 bilion (tahun kewangan 2024: RM52.8 bilion).

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...