Home Ekonomi Untung bersih suku ketiga SNS Network naik empat kali ganda
Ekonomi

Untung bersih suku ketiga SNS Network naik empat kali ganda

Untung bersih suku ketiga SNS Network naik empat kali ganda

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: SNS Network Technology Berhad (SNS Network) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM10.2 juta atau 0.63 sen sesaham pada suku ketiga tahun kewangan 2025 berakhir 31 Oktober 2024, meningkat empat kali ganda daripada RM2.02 juta atau 0.13 sen sesaham pada suku yang sama tahun lepas,

Pembekal sistem dan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkata,  margin kasar meningkat kepada 11.3 peratus daripada 7.4 peratus.

Katanya, prestasi memberangsangkan didorong oleh keuntungan yang lebih baik dalam kedai dalam talian serta kedai fizikal disebabkan permintaan pelanggan yang lebih tinggi untuk produk ICT miliknya. 

“Margin yang lebih baik mengimbangi penurunan 5.16 pratus dalam hasil suku ketiga kepada RM249.71 juta, daripada RM263.29 juta pada suku sama tahun sebelumnya, disebabkan ketiadaan pesanan utama daripada industri pendidikan yang ditempah tahun lepas. 

“Walau bagaimanapun, usaha SNS Network untuk mengembangkan saluran jualan fizikal dan dalam taliannya membuahkan hasil, kerana jualan daripada segmen ini membantu mengimbangi sebahagian impak yang disebutkan di atas,” katanya dalam kenyataan.

SNS Network berkata, keuntungan bersih bagi tempoh sembilan naik kepada RM20.28 juta atau 1.26 sen sesaham, meningkat 7.16 peratus daripada RM18.93 juta atau 1.17 sen sesaham dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Jelasnya, ini berlaku walaupun hasil bagi tempoh sama susut 13.4 peratus kepada RM767.0 juta daripada RM886.0 juta.

Pada 29 November 2024, Lembaga Pengarah meluluskan dividen interim satu peringkat ketiga sebanyak 0.25 sen sesaham biasa berjumlah RM4.05 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025, dibayar pada 30 Disember 2024. 

Kumpulan kekal dalam tunai bersih, dengan baki tunai RM69.1 juta berbanding jumlah pinjaman RM40.33 juta.-UTUSAN

 

Related Articles

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...

Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy jamin kelangsungan industri
Ekonomi

Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy jamin kelangsungan industri

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 14 Mac – Suntikan modal baharu sebanyak...

Ekonomi

Rakuten Trade kekal unjuran FBM KLCI 1,730 mata

Rakuten Trade Sdn. Bhd. mengekalkan unjuran bagi indeks utama FBM KLCI pada...

Ekonomi

Forest City sedia jadi hab pengangkutan utama JS-SEZ

Forest City bersedia menjadi hab pengangkutan utama bagi Zon Kewangan Khas (SFZ)...