Home Ekonomi Untung Bersih Suku Kedua Time Dotcom Susut Kepada RM99.05 Juta, Umum Dividen Khas
Ekonomi

Untung Bersih Suku Kedua Time Dotcom Susut Kepada RM99.05 Juta, Umum Dividen Khas

Untung Bersih Suku Kedua Time Dotcom Susut Kepada RM99.05 Juta, Umum Dividen Khas

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Livevartha) — Keuntungan bersihTime Dotcom Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun,2024, susut kepada RM99.05 juta daripada RM2.26bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya berikutan penamatan operasi perniagaan Pusat Data AIMS.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan telekomunikasi itu berkata ketiadaan keuntungan daripada operasi ditamatkan itu dimasukkan dalam suku kedua 2024 memandangkan transaksi berkenaanselesai pada 20 April, 2023.

Perolehan hasilnya meningkat 7.5 peratus kepada RM418.49 juta daripada RM389.20 juta sebelum ini berikutan pertumbuhan ketara disumbangkan olehperuncitan dandiikuti oleh langganan borong dan perusahaan.

Bagi separuh pertama 2024, Time Dotcom mencatatkeuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM209.72 juta daripada RM2.38 bilion dalam tempoh sama pada tahun lepasmanakala hasil menokok sebanyak 10.4 peratus kepada RM836.25 juta berbanding RM757.62 juta sebelum ini.

Selain itu, kumpulan berkenaan turut mengumumkan dividen pengecualian cukai interim satu peringkat khas sebanyak 18.93 sen bagi sesaham biasa dengan pembayaran berjumlah kira-kira RM350juta.

Tarikh pembayaran ditetapkan pada 25 Sept, 2024.

Ketua Pegawai EksekutifAfzal Abdul Rahim berkata tumpuan kumpulan itu kekal pada usaha mengembangkan liputan untuk mencapai dan memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

“Kami akan terus memantau pasaran bagi memenuhi keperluan pasaran yang berubah,” katanya.

Pada masa sama, kumpulan kekal komited untuk mengembangkan lagi kedudukannya selain melabur dalam rangkaiannya.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 31 Januari- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan meningkat...

Inflasi meningkat, Fed AS kekalkan kadar faedah
Ekonomi

Inflasi meningkat, Fed AS kekalkan kadar faedah

RIZAB Persekutuan Amerika SyarikatWASHINGTON: Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Harga tepung susu penuh krim capai paras tertinggi, beri kesan pendapatan Farm Fresh
Ekonomi

Harga tepung susu penuh krim capai paras tertinggi, beri kesan pendapatan Farm Fresh

PRODUK Farm FreshPETALING JAYA: Harga tepung susu penuh krim (WMP) di Malaysia...

Permintaan kargo udara melonjak 11.3 peratus tahun lalu, atasi rekod 2021
Ekonomi

Permintaan kargo udara melonjak 11.3 peratus tahun lalu, atasi rekod 2021

PETALING JAYA: Pasaran kargo udara global mencatat kemajuan ketara tahun lalu dengan...