Home Ekonomi Untung Bersih Suku Kedua Petronas Gas Susut Sedikit Kepada RM468.99 Juta
Ekonomi

Untung Bersih Suku Kedua Petronas Gas Susut Sedikit Kepada RM468.99 Juta

Untung Bersih Suku Kedua Petronas Gas Susut Sedikit Kepada RM468.99 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos(Livevartha) –Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan penyusutan sedikit dalam keuntungan bersihnya kepada RM468.99 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2024 berbanding RM485.37 juta setahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PGB berkata keuntungan yang lebih rendah bagi suku itu adalah disebabkan oleh perbelanjaan operasi yang lebih tinggi, terutamanya daripada perbelanjaan susut nilai dan kos penyelenggaraan berikutan lebih banyak projek yang telah disiapkan dan aktiviti yang dijalankan, ditambah dengan kesan inflasi.

Syarikat itu berkata hasil bagi suku kedua adalah lebih tinggi sedikit kepada RM1.65 bilion berbanding RM1.64 bilion sebelum ini, dengan hasil yang lebih tinggi daripada pemprosesan gas berikutan caj tempahan yang meningkat di bawah terma baharu dan hasil lebih tinggi daripada pengangkutan gas disebabkan pelarasan tarif yang meningkat.

"(Bagaimanapun), iasebahagiannya diimbangi oleh hasil yang lebih rendah daripada segmen utiliti selaras dengan harga produk yang lebih murah," tambahnya.

Bagi separuh pertama 2024, PGB mencatatkan keuntungan bersih RM925.64 juta berbanding RM909.55 juta tahun ke tahun, disokong oleh pengurangan kos operasi daripada perbelanjaan gas bahan api dan penggunaan gas domestik yang lebih rendah.

Hasilnya berjumlah RM3.27 bilion, menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 1.4 peratus atau RM45.4 juta daripada RM3.31 bilion pada tahun sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh pendapatan yang lebih rendah dalam segmen utiliti, didorong oleh penurunan harga produk walaupun jumlah jualan lebih tinggi.

“Bagaimanapun, kesannya telah diimbangi oleh peningkatan hasil daripada pemprosesan gasyang mendapat manfaat daripada caj tempahan yang lebih tinggi di bawah syarat-syarat baharuserta tarif yang lebih tinggi dalam pengangkutan gas,” katanya.

Sehubungan itu PGB mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 16.0 sen sesaham, konsisten dengan suku sebelumnya untuk menunjukkan komitmen kumpulandalam memberikan nilai kepada pemegang sahamnya.

— Livevartha

Related Articles

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif
Ekonomi

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula...