Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi Untung Bersih Suku Kedua MISC Naik Kepada RM540.90 Juta
Ekonomi

Untung Bersih Suku Kedua MISC Naik Kepada RM540.90 Juta

Untung Bersih Suku Kedua MISC Naik Kepada RM540.90 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Livevartha) — Keuntungan bersih MISC Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2024 meningkat kepadaRM540.90 juta daripadaRM452.90 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil bagi suku tersebut bagaimanapun susut 6.2 peratus kepadaRM3.33 bilion daripadaRM3.55 bilion sebelum itu, disebabkan pengiktirafan hasil yang lebih rendah daripada segmen aset dan penyelesaian gas, segmen perniagaan luar pesisir sertasegmen kejuruteraan marin dan berat.

Keuntungan operasi kumpulan untuk suku semasa ialah RM792.2 juta, peningkatan sebanyak RM260.9 juta, atau 49.1 peratus, berbanding RM531.3 juta daripada suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Bagi separuh pertama 2024, MISC mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM1.30 bilion berbanding RM1.06 bilion manakala hasil meningkat 5.1 peratus kepada RM6.97 bilion daripada RM6.63 bilion sebelumnya.

Keuntungan bersih yang lebih tinggi disumbangkan terutamanya oleh hasil daripada projek kejuruteraan berat yang berterusan dan kadar tambang muatanyang lebih tinggi serta pendapatan dalam segmen penghantaran petroleum dan produk.

"Peningkatan hasil kumpulan bagaimanapun, diimbangi oleh pengiktirafan hasil yang lebih rendah daripada penukaran unit pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan terapung(FPSO) berikutan kemajuan projek yang lebih rendah dalam tempoh semasa," katanya.

Mengenai prospek, MISC berkata segmen aset dan penyelesaian gas berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan pendapatan operasinya yang stabil, disokong oleh portfolio penyewaanjangka panjangnya yang berdaya tahan.

Sementara itu, segmen marin dan kejuruteraan berat akan terus berusahauntuk mengurangkan risiko yang timbul daripada gangguan rantaian bekalan dan turun naik harga, yang dijangka berterusan memandangkan landskap geopolitik yang tidak dapat diramalkan.

Perbelanjaan modal huluan global kekal stabil di tengah-tengah harga minyak yang kukuh, sekali gusmemberi petanda baik untuk segmen perniagaan luar pesisir, kata MISC.

Related Articles

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13
Ekonomi

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13

TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) bersama Ketua Perangkawan Malaysia...

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat...

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan...

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto LivevarthaBALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia. Menurut...