Home Ekonomi Untung Bersih IOI Corp Bagi Tahun Kewangan 2024 Susut Kepada RM1.109 Bilion
Ekonomi

Untung Bersih IOI Corp Bagi Tahun Kewangan 2024 Susut Kepada RM1.109 Bilion

Untung Bersih IOI Corp Bagi Tahun Kewangan 2024 Susut Kepada RM1.109 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Livevartha) — IOI Corporation Bhd (IOI Corp) mencatat keuntungan bersih lebih rendah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2024, kepada RM1.109bilion daripada RM1.114bilion bagi tempoh sama 2023.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata perolehan hasilnya turut berkurangan kepadaRM9.603 bilion daripadaRM11.583 bilion, sebelum ini.

Asas keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyakRM1.380 bilion bagi tahun kewangan 2024 juga susut 23 peratus daripada RM1.782 bilion bagi tahun kewangan 2023, terutamanya berikutansumbangan lebih rendah daripada segmen pengeluaran berasaskan sumber, diimbangi oleh sumbangan segmen perladangan.

Bagi suku keempat 2024, syarikat itu berkata keuntungan bersihnya mencecah RM346.90 juta berbanding RM37.20 juta bagi suku sama setahun lepas manakala hasil berjumlahRM2.539 bilion berbanding RM1.950 bilion.

Menyentuh prospek, syarikat itu positif mengenai prestasi operasi dan kewangan segmen perladangan bagi tahun kewangan 2025, didorong oleh unjuran peningkatan pengeluaran buah tandan segar (BTS) bagi tempoh berkenaan berbanding tahun kewangan sebelumnya walaupun program penanaman semula di Sabah kini giat dilaksanakan.

Pertumbuhan itu juga dijangka dipacuoleh peningkatan produktiviti tenaga kerja di Semenanjung Malaysia selain prestasi BTS lebih baik daripada pokok lebih muda.

Susulan itu, kos pengeluaran minyak sawit mentah juga dijangka lebih rendah berbanding tahun kewangan 2024, katanya.

Merujuk prestasi ringgit, syarikat itu menjangkakan mata wang berkenaan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tahun kewangan 2025, didorong oleh pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi separuh pertama 2024 selain jangkaan penurunan kadar faedah AS menjelang akhir tahun ini.

“Secara keseluruhannya, kami menjangkakan prestasi operasi dan kewangan bagi tahun kewangan 2025 lebih berdaya tahan dan memuaskan,” katanya.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....