Home Ekonomi Untung Bersih Dialog Group Tahun Kewangan 2024 Naik Kepada RM575.03 Juta
Ekonomi

Untung Bersih Dialog Group Tahun Kewangan 2024 Naik Kepada RM575.03 Juta

Untung Bersih Dialog Group Tahun Kewangan 2024 Naik Kepada RM575.03 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Livevartha) — Dialog Group Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM575.03 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 daripada RM510.52 juta pada tahun sebelumnya, berikutan pengeluaran yang meningkat daripada aktiviti huluan.

Penyedia perkhidmatan teknikal bersepadu dalam sektor tenaga itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan bagi tahun kewangan 2024 meningkat lima peratus kepada RM3.15 bilion berbanding RM3.00 bilion sebelum ini.

Bagi suku keempat tahun kewangan 2024, keuntungan bersih syarikat menokok kepada RM138.42 juta daripada RM126.78 juta manakala perolehan meningkat kepada RM810.07 juta daripada RM690.04 juta sebelumnya.

Dialog Group berkata aktiviti semasa terus menyumbang kepada aliran perolehan dan keuntungan yang stabil daripada operasi Terminal Langsat dan Terminal Pengerang Dialog bagi tahun kewangan semasa.

“Pasukan hiliran masih giat menyiapkan pelbagai projek kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dan penyelenggaraan loji serta mencatat kerugian pada suku dan tahun kewangan semasa akibat kos projek yang berlebihan.

“Kumpulan berdepan banyak cabaran akibat pandemik COVID-19, konflik di Ukraine dan Gaza, tekanan inflasi, gangguan rantaian bekalan, harga bahan yang lebih tinggi dan kos buruh,” katanya.

Mengenai prospek, Dialog Group berkata kumpulan akan terus mengembangkan perniagaan huluan sedia ada dengan memberi nafas baharu, pembangunan dan pengoperasian medan minyak dan gas.

“Dalam perniagaan hiliran, kami akan terus memanfaatkan kekuatan dan rekod prestasi yang mantap dalam perkhidmatan teknikal bersepadu yang terdiri daripada EPCC, penyelenggaraan loji dan perkhidmatan pengendalian pemangkin, serta produk dan perkhidmatan pakar,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global
Ekonomi

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global

KEDAI emas.-GAMBAR HIASAN.PETALING JAYA: Ketegangan geopolitik antara Iran dan Israel baru-baru ini...

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik
Ekonomi

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik

LAI Wai Keat bersama model Scout Bobber yang ditawarkan pada harga RM89,000...

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 
Ekonomi

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 

MESIN ATM-GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) meyakinkan orang ramai...

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing
Ekonomi

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing

TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Zhang Qiang (kanan) bertukar dokumen dengan...