Home Ekonomi Unjuran KDNK mungkin disemak semula susulan isu tarif
Ekonomi

Unjuran KDNK mungkin disemak semula susulan isu tarif

Unjuran KDNK mungkin disemak semula susulan isu tarif

ABDUL RASHEED GHAFFOUR

PETALING JAYA: Malaysia berkemungkinan perlu menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonominya bagi tahun ini, susulan ketidaktentuan dalam perdagangan global dan isu tarif, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, buat masa ini, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada kadar antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus masih kekal, namun semakan semula mungkin dilakukan bergantung kepada perkembangan semasa dalam landskap perdagangan dunia.

“Kita tidak tergesa-gesa untuk menyemak unjuran ini, sebaliknya akan memerhati terlebih dahulu bagaimana situasi perdagangan global akan berkembang,” katanya ketika berucap pada acara anjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington, semalam.

Malaysia dijangka berdepan kadar tarif sebanyak 24 peratus ke atas barangan eksport ke Amerika Syarikat bermula Julai ini, melainkan satu perjanjian dicapai antara kedua-dua negara.

Ketika ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
serta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sedang berada di Amerika Syarikat untuk mengadakan rundingan dengan Wakil Perdagangan AS serta pegawai kanan lain bagi menangani isu itu.

Mengulas lanjut, Abdul Rasheed berkata Malaysia kini berada dalam kedudukan yang kukuh untuk menghadapi cabaran ekonomi global, berikutan pertumbuhan lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.1 peratus pada tahun lalu, didorong oleh permintaan domestik yang teguh, peningkatan aktiviti pelaburan dan pemulihan eksport.

Tambah beliau, kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa 3.0 peratus kekal menyokong pertumbuhan ekonomi dan mencerminkan jangkaan semasa bank pusat terhadap inflasi.

“Kita tidak mahu dasar monetari menambahkan lagi ketidaktentuan sedia ada.

“Yang lebih penting adalah memastikan kita terus berpegang pada mandat untuk mencapai kestabilan harga yang kondusif kepada pertumbuhan ekonomi mampan,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...