Home Ekonomi Unit T7 Global Raih Kontrak Sistem RMAF Bernilai RM74.6 Juta Daripada MINDEF
Ekonomi

Unit T7 Global Raih Kontrak Sistem RMAF Bernilai RM74.6 Juta Daripada MINDEF

Unit T7 Global Raih Kontrak Sistem RMAF Bernilai RM74.6 Juta Daripada MINDEF

Foto: Facebook

KUALA LUMPUR, 26 Ogos(Livevartha) –Anak syarikat T7 Global Bhd (T7 Global), T7 Kemuncak Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilaiRM74.6 juta daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).

T7 Global dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pihaknyabertanggungjawabmembekal, menghantar, menguji dan pengoperasiansistem radar pengawasan lapangan terbang kecil, sistem komunikasisertaperalatan sistem pengurusan trafik udara yang berkaitan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia.

Syarikat ituberkata kontrak berkenaanadalah bagi tempoh lima tahunbermuladari 5 Ogos, 2024hingga 4 Ogos, 2029.

Menurut kumpulan berkenaan,pemberian kontrak tersebuttidak akan memberi kesan ke atas jumlah modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utamasyarikat itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024.

"Ahli Lembaga Pengarah menjangkakan kontrakitu akan memberi sumbanganpositif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagitahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 dan seterusnya," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan T7 Global Tan Kay Zhuin berkata kontrakberkenaan menunjukkankeupayaan kumpulan untuk membangunkan penyelesaian bersepadu kepadaTUDM, yang merangkumi sistem radar pengawasan udara berprestasi tinggi bagimemastikan keselamatan, kebolehpercayaan dan kecekapan yang dipertingkat.

“Dengan kontrakini, kami terus komited untuk mempelbagaikan aliran pendapatan kami dan menyokong pertumbuhan mampan untuk kumpulan,” katanya.

T7 Global ialah penyedia penyelesaian terkemuka terutamanya dalam perniagaan penyelesaian tenaga dan perindustrian dengan kehadiran kukuh di seluruh Asia, menyediakanperkhidmatan kepada pelbagai pelanggan dalam industri minyak dan gas, aeroangkasa sertaam.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...