Home Ekonomi Unit Minetech Raih Kontrak Naik Taraf Sistem Pembetungan Bernilai RM36 Juta
Ekonomi

Unit Minetech Raih Kontrak Naik Taraf Sistem Pembetungan Bernilai RM36 Juta

Unit Minetech Raih Kontrak Naik Taraf Sistem Pembetungan Bernilai RM36 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Livevartha) –Anak syarikat milik penuh Minetech Resources Bhd (Minetech), Coral Evergreen Sdn Bhd,menerimasurat lantikandaripada Puncak Utara Sdn Bhd untuk menjalankan projek menaik taraf sistem pembetunganbernilai RM36.79 juta.

Pakar kejuruteraan awam itu dalam maklumankepada Bursa Malaysia hari ini berkata, projek berkenaanmelibatkan peningkatan sistem pembetungan dan infrastrukturberkaitan di Perbandaran Ketengah Jaya, Bukit Besi, dan Seri Bandi Fasa III, Terengganu.

Projek tersebutbermula pada 29 Julai 2024, dan dijangka siap pada 13 Jun 2027.

Pengerusi Eksekutif Minetech Abang Abdillah Izzarim berkata syarikat berkenaanakan terus aktif mendapatkan projekutama dan mengembangkan kehadirannya dalam sektor infrastruktur, termasuk kejuruteraan awam dan rawatan air.

“Kami juga mahu meneroka peluangdi Sarawak pada masa depan danmenyasaruntuk memacu pertumbuhan dan mencapaihasilpositif,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global
Ekonomi

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global

KEDAI emas.-GAMBAR HIASAN.PETALING JAYA: Ketegangan geopolitik antara Iran dan Israel baru-baru ini...

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik
Ekonomi

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik

LAI Wai Keat bersama model Scout Bobber yang ditawarkan pada harga RM89,000...

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 
Ekonomi

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 

MESIN ATM-GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) meyakinkan orang ramai...

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing
Ekonomi

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing

TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Zhang Qiang (kanan) bertukar dokumen dengan...