Home Ekonomi Unit Genting Plantations Laksana Terbitan Pertama Sukuk Wakalah Rm1.2 Bilion
Ekonomi

Unit Genting Plantations Laksana Terbitan Pertama Sukuk Wakalah Rm1.2 Bilion

Unit Genting Plantations Laksana Terbitan Pertama Sukuk Wakalah Rm1.2 Bilion

Genting Plantations Bhd

KUALA LUMPUR, 29 Julai(Livevartha) –Benih Restu Bhd, anak syarikat milik penuh Genting Plantations Bhd (GENP)melaksanakan terbitan pertama RM1.2 bilion dalam nilai nominal nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah).

Ia di bawah program sukuk wakalah RM2.0 bilion dalam nilai nominal prinsip syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, GENP berkata sukuk wakalah yang diterbitkan itu bertempoh10 tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 4.08 peratus setahun.

"Benih Restu hendaklah memajukan hasil daripada penerbitan sukuk wakalah kepada GENP dan/atau anak-anak syarikat GENPdalam kalangan syarikat yang patuh syariah," katanya.

Ia berkata kumpulan berkenaan akan menggunakan hasil tersebut untuk tujuan yang patuh syariah seperti perbelanjaan operasi; perbelanjaan modal; pelaburan; pembiayaan semula pinjaman sedia ada dan kemudahan pembiayaan yang patuh syariah sedia ada dan/atau kemudahan pembiayaan yang patuh syariah pada masa hadapan.

Kumpulan tersebut juga berkata hasil tersebut akan digunakan untuk keperluan modal kerja, keperluan pembiayaan am dan/atau tujuan korporat am lain yang berada dalam kumpulan.

Ia merangkumi pembangunan dan operasi ladang kelapa sawit, pemprosesan minyak sawit, pembangunan dan pelaburan hartanah, penyelidikan bioteknologi dan pembangunan aplikasi yang meningkatkan tanaman ladang serta sebarang aktiviti perniagaan baharu dalam kumpulan.

"AmInvestment Bank Bhd, Hong Leong Investment Bank Bhd, OCBC Al-Amin Bank Bhd dan Public Investment Bank Bhd adalah penasihat utama bersama dan pengatur utama bersama bagi program sukuk wakalah tersebut," katanya.

Bank-bank berkenaan juga merupakan pengurus utama bersama untuk penerbitan pertama sukuk wakalah di bawah program sukuk wakalah.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...