Home Ekonomi UEM Group Lantik Hisham Sebagai Pengerusi, Amran Selaku Pengarah Urusan
Ekonomi

UEM Group Lantik Hisham Sebagai Pengerusi, Amran Selaku Pengarah Urusan

UEM Group Lantik Hisham Sebagai Pengerusi, Amran Selaku Pengarah Urusan

Pengerusi UEM Group Bhd Datuk Hisham Hamdan

Pengarah urusan UEM Group Bhd Datuk Amran Hafiz Affifudin

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Livevartha) — UEM Group Bhd menamakan Datuk Hisham Hamdan sebagai Pengerusi dan Datuk Amran Hafiz Affifudin selaku Pengarah Urusan berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd itu berkata perubahan kepimpinan ini adalah susulan peletakan jawatan Datuk Mohd Izani Ghani sebagai Pengarah Urusan pada 31 Julai 2024 setelah berkhidmat selama lima tahun.

Hisham yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam pelbagai struktur korporat menyertai Khazanah pada April 2011, menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan untuk menguruskan serta mengembangkan portfolio Khazanah merangkumi pelbagai mandat dan aset.

“Sejak 2018, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pasaran Awam Khazanah, yang mempunyai mandat untuk melabur melibatkan lebih 10 negara di seluruh dunia termasuk pasaran maju dan sedang pesat membangun, dipandu strategi pelaburan sistematik dan quantamental.

“Sebelum meneraju pasaran awam, beliau bertanggungjawab bagi portfolio Khazanah dalam bidang auto, agrimakanan dan Iskandar Malaysia serta berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Penyelidikan,” menurut kenyataan itu.

Pengarah Urusan Khazanah Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata pelantikan Hisham sebagai Pengerusi menghantar isyarat yang jelas mengenai peranan penting yang dimainkan UEM Group bagi Khazanah.

“Berbekalkan pengalaman luas dan rekod kepimpinan beliau, Hisham akan meneraju lembaga pengarah dan membimbing pengurusan UEM Group dalam mencapai sasaran strategik dan kewangan yang telah digariskan,” kata beliau dalam kenyataan sama.

Mengenai pelantikan Amran sebagai Pengarah Urusan, UEM Group berkata sebelum pelantikan ini, Amran merupakan Pengerusi UEM Group dan berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif, Ketua Pelaburan Malaysia di Khazanah.

Beliau memiliki pengalaman lebih 27 tahun dan bertanggungjawab bagi pelaburan Khazanah merentas pelbagai sektor.

Related Articles

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif
Ekonomi

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula...