Home Ekonomi Traktor bagasi elektrik kurangkan pelepasan CO2
Ekonomi

Traktor bagasi elektrik kurangkan pelepasan CO2

Traktor bagasi elektrik kurangkan pelepasan CO2

Anthony (dua, kanan) mencuba traktor bagasi elektrik dikendalikan GTR di KLIA, hari ini.

SEPANG, 10 Oktober- Pelancaran 20 traktor bagasi elektrik di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) dianggarkan 1,029 tan setahun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif diteraju penyedia perkhidmatan darat penerbangan utama di Malaysia, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) menandakan langkah yang lebih meluas ke arah amalan lebih hijau dalam sektor penerbangan.

\”Ini penting dalam menyokong dasar mesra alam sekitar yang juga sebahagian daripada objektif negara untuk mencapai sifar bersih pada tahun 2050,\” katanya pada majlis pelancaran 20 traktor bagasi elektrikdi KLIA.

Anthony Loke berkata, traktor elektrik berkenaan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 66.7 peratus dan kos bahan api 43.5 peratus bagi setiap kenderaan.

Semua pihak berkepentingan dalam industri penerbangan seperti syarikat penerbangan, pengendali kemudahan darat, pengendali lapangan terbang dan penyedia perkhidmatan digesa mengambil inspirasi daripada projek tersebut.

GTR akan mengendalikan 60 traktor bagasi elektrik, menggantikan hampir separuh daripada 119 traktor berkuasa diesel sedia ada yang digunakan di lapangan terbang seluruh negara bagi tempoh 18 bulan akan datang.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...