Saturday , 9 November 2024
Home Ekonomi Trafik Penumpang Udara Lonjak 14.3 Peratus Kepada 8.8 Juta Pada Julai 2024 – MAVCOM
Ekonomi

Trafik Penumpang Udara Lonjak 14.3 Peratus Kepada 8.8 Juta Pada Julai 2024 – MAVCOM

Trafik Penumpang Udara Lonjak 14.3 Peratus Kepada 8.8 Juta Pada Julai 2024 – MAVCOM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos(Livevartha) –Malaysia mencatatkan peningkatan dalam trafik penumpang udara sebanyak 14.3 peratus tahun ke tahun kepada8.8 juta penumpangpada Julai 2024 berbanding 7.7 juta pada bulan yang sama tahun lalu, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Ini turutmenandakan kenaikan sebanyak 7.7 peratus bulan ke bulan berbanding 8.1 juta penumpang pada Jun 2024.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata angka trafik padaJulai 2024 menunjukkanketahanan dan dinamisme sektor penerbangan Malaysia.

“Trafik antarabangsa terusmenerajui pemulihan, sementara pertumbuhan ketara yang dapat dilihat dalam laluan ASEAN dan bukanASEAN mengukuhkan kebangkitan semula perjalanan global, didorong oleh pemulihan ketersambungandan keyakinan pengguna yang semakin meningkat.

“Kami amat teruja dengan prestasi kukuh dalampasaran bukan ASEANyang menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap Malaysia sebagaidestinasi dan hab transit,” katanya.

Beliau berkata ketika industri penerbangan semakin menghampiri paras prapandemik,MAVCOM optimis Malaysia akan berada di landasan yang tepat untuk mencapai jumlah trafikpenumpang yang diunjurkan pada tahun ini.

Sementara itu, MAVCOM berkata pertumbuhan tersebut disumbangkan oleh peningkatan dalam perjalanan antarabangsa,disokong oleh pemulihan berterusan laluan antarabangsa, pelaksanaan pengecualian visa 30 hari bagipelancong dari China dan India, serta pengenalan destinasi antarabangsa baharu pada Julai 2024.

“Ini termasuk Sihanouk di Kemboja dan Qingdao dan Yantai di China. Secara keseluruhannya, ini menjadikan trafik Julai 2024 kepada 91.7 peratus daripada paras prapandemik pada Julai 2019, apabila trafik merekodkan 9.6 juta, dengan trafik antarabangsa mengetuai pemulihan,” katanya.

Suruhanjaya itu juga berkata trafik penumpang udara domestik pada Julai 2024 mencatatkan 4.3 juta penumpang atau 48.4 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Related Articles

Kemenangan Trump: Sektor minyak sawit mungkin terkesan
Ekonomi

Kemenangan Trump: Sektor minyak sawit mungkin terkesan

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Sektor minyak sawit dijangka terkesan susulan kemenangan calon daripada...

BNM mungkin berhadapan cabaran kekal OPR pada 2025
Ekonomi

BNM mungkin berhadapan cabaran kekal OPR pada 2025

OPR semasa berada pada 3.0 peratus sejak dinaikkan kali terakhir pada Mei...

Petronas, SLB, Velestro, NOV bekerjasama tingkat kecekapan sektor E&P Malaysia.
Ekonomi

Petronas, SLB, Velestro, NOV bekerjasama tingkat kecekapan sektor E&P Malaysia.

BACHO Pilong (belakang, dua dari kiri) bersama para penandatangan dan wakil dari...

EcoWorld peroleh tanah bernilai RM742.4j dari Boustead Properties
Ekonomi

EcoWorld peroleh tanah bernilai RM742.4j dari Boustead Properties

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia) memperoleh 342.87...