Home Ekonomi Trafik Penumpang Udara Global Naik 9.1 Peratus Pada Jun – IATA
Ekonomi

Trafik Penumpang Udara Global Naik 9.1 Peratus Pada Jun – IATA

Trafik Penumpang Udara Global Naik 9.1 Peratus Pada Jun – IATA

KUALA LUMPUR, 31 Julai(Livevartha) –Trafik penumpang udara komersial global yang diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK)kekal pada trend pertumbuhan yang stabil pada Jun 2024, meningkat 9.1 peratus dari tahun ke tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata jumlah kapasiti, diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK), meningkat 8.5 peratus tahun ke tahun, manakala faktor muatan pada Jun ialah 85 peratus (+0.5 mata peratusan berbandingJun 2023).

“Permintaan di peringkat antarabangsa meningkat 12.3 peratus berbanding Jun 2023. Kapasiti meningkat 12.7 peratus tahun ke tahun dan faktor muatan meningkat kepada 85 peratus (-0.3 mata peratusan pada Jun 2023).

“Di peringkat domestik pula, iameningkat 4.3 peratus berbanding Jun 2023. Kapasiti meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun, dan faktor muatan ialah 85 peratus (+1.7 mata peratusan berbanding Jun 2023),” katanya.

Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata permintaan meningkat di semua rantau memandangkan musim kemuncak perjalanan iaitu musim panas di utara bermula padaJun.

“Dengan pertumbuhan kapasiti keseluruhan dalam selang permintaan, kami melihat faktor muatan purata yang sangat kuat sebanyak 85 peratus dicatat dalam kedua-dua operasi domestik dan antarabangsa.

"Beroperasi dengan faktor muatan yang tinggi adalah baik tetapi mencabar," katanya.

Walsh berkata ia menjadikannya lebih penting bagi semua pihak berkepentingan untuk beroperasi dengan tahap kecekapan yang sama bagi meminimumkan kelewatan dan membawa pelancong ke destinasi mereka mengikut jadual.

Dengan berlangsungnya Sukan Olimpikdi Paris, beliau berkata wujudnya rasa bangga di seluruh industri penerbangan kerana peranannya yang berterusan dalam menyokong Olimpik dengan membawa ramai atlet, peminat dan pegawai.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...