Home Ekonomi TMM 2026 peluang tarik pelancong berkualiti
Ekonomi

TMM 2026 peluang tarik pelancong berkualiti

Tahun Melawat Malaysia 2026 dilihat sebagai peluang besar bagi penggiat industri pelancongan menarik pelancong berkualiti / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 6 Januari – Tahun Melawat Malaysia 2026 dilihat sebagai peluang besar bagi penggiat industri pelancongan menarik pelancong berkualiti yang bukan sahaja mampu menjana pendapatan tetapi juga memantapkan ekonomi setempat.

Pengerusi Konsortium Inbound Tourism Alliance, Uzaidi Udanis berkata Malaysia yang menjadi pengerusi persidangan ASEAN tahun ini dijangka dapat melonjakkan ketibaan pelancong antarabangsa ke negara ini.

“Ini bermakna hampir setiap hari ada acara antarabangsa yang akan dihadiri delegasi dari luar negara. Ramai daripada mereka mungkin membawa keluarga bersama.

\”Jadi, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bertanya kepada diri sendiri: Apa yang ingin kita tonjolkan kepada mereka? Apa keunikan Malaysia yang mahu kita abadikan dalam ingatan mereka?” katanya.

Tambah Uzaidi, kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu pemain industri bersiap sedia menerima kehadiran pelancong.

Kini, menjadi tanggungjawab pihak industri melaksanakan program-program yang mampu meningkatkan ketibaan pelancong serta perbelanjaan mereka, sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi negara.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum ini menyasarkan ketibaan 35.6 juta pelawat antarabangsa dengan anggaran pendapatan sebanyak RM147.1 bilion sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....