Home Ekonomi TM Komited Sokong Ekosistem 5G Walaupun Perjanjian Ekuiti DNB Dibatalkan
Ekonomi

TM Komited Sokong Ekosistem 5G Walaupun Perjanjian Ekuiti DNB Dibatalkan

TM Komited Sokong Ekosistem 5G Walaupun Perjanjian Ekuiti DNB Dibatalkan

Amar Huzaimi Md Deris

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Livevartha) — Telekom Malaysia Bhd (TM) merancang untuk memanfaatkan liputan gentiannyayang meluas di seluruh negarabagi menyokong ekosistem teknologi kelima (5G) walaupun perjanjian langganan saham (SSA) ditamatkan oleh Digital Nasional (DNB) membabitkan kepentingan dalam DNB.

TM telah membuat permohonan serta merayu pelanjutan “syarat duluan tarikh henti panjang” bagi syarikat itu mendapatkan kelulusan pemegang sahamnya bagi kepentingan dalam DNB, pada mesyuarat agung luar biasa berikutan SSA melibatkan transaksi pihak ketiga.

Mengulas perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanTM Amar Huzaimi Md Deris sebaliknya menegaskan kumpulan itu masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.

“Oleh itu, walaupun DNB belum meluluskan rayuan sertapermintaan kami, terdapat banyak cara sertaperanan (yang boleh kami lakukan) untuk menyokong ekosistem 5G.

“Sebagai contoh, kami adalah penyedia rangkaian gentian terbesardi Malaysia. Justeru, saya yakin akan ada peranan untuk kami menyokong ekosistem 5G, sama ada dalam rangkaian pertama atau kedua sebagai kontraktor (atau) pemilik rangkaian gentian,” katanya kepada pemberita pada sesi taklimat media mengenaipengumuman prestasi kewangan separuh pertama 2024 TM di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai kelulusan pemegang saham.

Mengulas impak pembatalan SSA ke atas perkhidmatan 5G TM,Amar Huzaimi menegaskan tindakan itu tidak menjejaskan tawaran 5G sedia ada kepada para pelanggan memandangkan langganan perkhidmatan borong 5G daripada DNB masih kekal.

“Kumpulan ini komited untuk menyediakan tawaran penumpuan digital berkualiti tinggi yang merentasi pelbagai segmen pelanggan,”katanya.

Merujuk penyertaan TM dalam rangkaian 5G kedua Malaysia, Amar Huzaimi berkata syarikat telekomunikasi itu telah mengemukakan cadangan bagi pakej maklumat pemohon(AIP) dan sedang menunggu hasil daripada proses itu.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...