Home Ekonomi [Tinjauan Ekonomi 2025] Ringgit mengukuh 6.4 peratus
Ekonomi

[Tinjauan Ekonomi 2025] Ringgit mengukuh 6.4 peratus

[Tinjauan Ekonomi 2025] Ringgit mengukuh 6.4 peratus

GAMBAR hiasan

RINGGIT kembali pulih daripada penyusutan selama tiga tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mengukuh 6.4 peratus kepada kepada RM4.3205, rekod tertinggi pernah dicatatkan dalam tempoh 18 bulan, pada akhir Ogos 2024.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2025, faktor utama menyumbang kepada peningkatan nilai ringgit adalah pengukuhan ekonomi domestik termasuk pemulihan eksport dan impak.

Ia hasil daripada tindakan terselaras oleh pihak berkuasa untuk menggalakkan penghantaran balik dan pertukaran pendapatan pelaburan asing oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan korporat.

Katanya, pengukuhan juga didorong oleh hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Julai yang memberikan hala tuju lebih jelas mengenai trajektori pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed).

Jelasnya, faktor tersebut telah membantu memulihkan ringgit secara beransur-ansur daripada paras terendah iaitu RM4.7935 yang direkodkan pada 17 April 2024.

“Perkembangan tersebut telah meningkatkan sentimen pengambilan risiko dalam pasaran berikutan perbezaan kadar faedah yang mengecil sekali gus meningkatkan selera risiko (risk appetite) dalam kalangan pelabur terhadap mata wang pasaran baru muncul termasuk ringgit,” katanya.

Selain itu, kombinasi pelbagai faktor positif seperti prospek ekonomi yang menggalakkan, pembaharuan struktur berterusan serta penilaian positif daripada agensi penarafan antarabangsa dan penganalisis telah memulihkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang berdaya maju.

“Secara keseluruhannya, faktor tersebut telah mendorong ringgit untuk menjadi satu daripada mata wang terbaik di Asia.

“Selain daripada penilaian kadar pertukaran dua hala dengan dolar AS, ringgit telah meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau dalam julat 2.5 hingga 10.2 peatus pada akhir Ogos 2024.

“Meninjau ke hadapan, pendekatan seluruh negara termasuk langkah untuk mengukuhkan ekonomi melalui kerangka Ekonomi Madani dan dasar sokongan yang lain akan menyokong serta meningkatkan nilai ringgit,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...