Home Ekonomi Tiga syarikat China rancang bina kilang di Labuan
Ekonomi

Tiga syarikat China rancang bina kilang di Labuan

Tiga syarikat China rancang bina kilang di Labuan

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan, Datuk Seri Liew Shan Wen / FOTO RTM

LABUAN, 21 September- Pertumbuhan ekonomi di Labuan bakal dilonjakkan apabila tiga syarikat industri berat yang berpangkalan di China merancang untuk mengembangkan pengoperasiannya di pulau bebas cukai itu.

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan, Datuk Seri Liew Shan Wen berkata, syarikat itu mengiktiraf potensi strategik Labuan sebagai hab ekonomi utama.

Beliau berkata, syarikat berkenaan merancang untuk mengeluarkan produk besi dan aluminium di Labuan dengan bahan mentah yang diperolehi dari China.

\”Innovasion Capital ini kali kedua ke Labuan, kali pertama kami mengadakan pertemuan dengan mereka adalah bulan lepas. Selepas itu, mereka rasa bahawa Labuan mempunyai banyak peluang untuk pelaburan.

\”Jadi kali ini mereka datang lagi dan membawa dua syarikat lain, rakan mereka, satu dipanggil KLX dan satu lagi dipanggil Siemens Energy,\”katanya.

Beliau turut memberitahu wakil syarikat berkenaan telah melawat beberapa tapak yang berpotensi untuk mendirikan kilang dan gudang.

Dalam pada itu, pihak Perbadanan Labuan akan mengatur pertemuan dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembangunan pelaburan Malaysia (MIDA) bagi membincangkan potensi insentif cukai dan status \’Buatan Malaysia\’ bagi produk besi dan aluminium yang dihasilkan.

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...