Home Ekonomi Tiga strategi utama Malaysia tangani isu tarif balas AS – Tengku Zafrul
Ekonomi

Tiga strategi utama Malaysia tangani isu tarif balas AS – Tengku Zafrul

Perdana Menteri pengerusi Mesyuarat NGCC, Tengku Zafrul umum tiga strategi hadapi isu tarif balas Amerika Syarikat/Foto Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 April – Kerajaan menetapkan tiga keutamaan utama sebagai tunjang strategi dalam menghadapi cabaran perdagangan global susulan isu tarif balas yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap eksport negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tiga komponen tersebut iaitu Reformasi, Libat urus dan Mempelbagaikan dalam memastikan kepentingan perdagangan dan pelaburan negara terus terpelihara.

“Kita akan terus melaksanakan sesi libat urus dengan kerajaan Amerika Syarikat di setiap peringkat dalam tempoh terdekat.

\”Sesi libat urus juga akan diadakan bersama pihak industri dan kementerian serta agensi berkaitan di dalam negara,” katanya pada sidang media Perkembangan Terkini berkenaan isu tarif di Menara MITI, di sini hari ini.

Tambah beliau, selain sesi rundingan berterusan (Engage), kerajaan turut mempergiat usaha mempelbagaikan (Diversify) pasaran menerusi perbincangan proaktif bersama blok-blok ekonomi, negara-negara serta pasaran baharu.

“Langkah ketiga pula ialah mempercepatkan reformasi ekonomi (Reform) seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Rangka Kerja Peralihan Tenaga Negara (NETR) bagi memperkukuh kapasiti rantaian bekalan domestik dan meningkatkan daya tahan pengeksport negara,” ujarnya.

​Pada 9 April, AS telah mengenakan tarif balas sebanyak 24 peratuske atas produk eksport Malaysia.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada dasar perdagangan baharu yang diperkenalkan oleh Presiden AS, Donald Trump, bertujuan untuk menangani ketidakseimbangan perdagangan dan melindungi industri domestik negara itu.

BERITA BERKAITAN

  • Tengku Zafrul: Malaysia fokus rundingan, tidak kenakan tarif timbal balas
  • Isu tarif: Tengku Zafrul akan ketuai delegasi Malaysia ke Washington
  • Tarif AS dijangka beri impak langsung KDNK negara- Tengku Zafrul

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...