Home Ekonomi Tiada Isu Bayaran Tunai Hasil Petroleum Kepada Terengganu – Kementerian Kewangan
Ekonomi

Tiada Isu Bayaran Tunai Hasil Petroleum Kepada Terengganu – Kementerian Kewangan

Tiada Isu Bayaran Tunai Hasil Petroleum Kepada Terengganu – Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Livevartha) — Isu bayaran tunai hasil petroleum kepada kerajaan Terengganu adalah tidak berbangkit kerana tiada petroleum yang didapati dan diperoleh di dalam negeri itu.

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan apa-apa hasil dari medan petroleum pantai timur Semenanjung Malaysia adalah didapati dan diperoleh di luar perairan negeri iaitu melebihi tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut pantai wilayah selaras dengan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750).

Menurut kementerian itu bayaran tunai hasil petroleum akan dibayar terus kepada negeri sekiranya didapati dan diperoleh dalam perairan wilayah tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut selaras dengan Akta 750.

“Namun begitu, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan wang ehsan untuk negeri Terengganu. Pada 2023 sehingga kini, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan RM958 juta untuk negeri Terengganu bagi tujuan pelaksanaan projek dan program untuk manfaat rakyat negeri Terengganu,” tambah MOF.

MOF menjelaskan sedemikian menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini bagi menjawab pertanyaan Datuk Razali Idris pada 25 Julai mengenai kebertanggungjawaban dalam menyelesaikan pembayaran tertunda dan berjadual dianggarkan berjumlah lebih RM200 juta lagi bagi 2023 dan 2024 kepada Terengganu.

Kementerian itu memaklumkan kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang dan bersedia mempertimbangkan cadangan daripada kerajaan Terengganu yang boleh dipersetujui bersama supaya melibatkan program serta projek yang boleh dibiaya melalui Pemberian Wang Ehsan.

Ini untuk manfaat langsung rakyat negeri Terengganu, terutama dalam usaha mengurangkan kemiskinan dan menambah baik infrastruktur asas, tambah MOF.

— Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....