Home Ekonomi Tengku Zafrul: Malaysia fokus rundingan, tidak kenakan tarif timbal balas
Ekonomi

Tengku Zafrul: Malaysia fokus rundingan, tidak kenakan tarif timbal balas

Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pemandu NGCC dipengerusikan Perdana Menteri bagi membincangkan strategi Malaysia hadapi impak tarif AS/Foto Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 April – Kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha menurunkan kadar tarif dan memperluas senarai pengecualian eksport sebagai langkah menangani impak ekonomi global yang semakin mencabar.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan, Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak mengenakan tarif timbal balas ke atas import dari Amerika Syarikat.

“Situasi semasa masih agak tidak menentu, malah pendirian kerajaan Amerika Syarikat turut berubah hampir setiap hari. Kita akur bahawa tindakan pantas diperlukan, namun pada masa yang sama perlu anjal dan fleksibel dalam menyesuaikan diri dengan perubahan,” katanya pada sidang media Perkembangan Terkini Isu Tarif di Menara MITI, hari ini.

Tambah beliau, asas ekonomi Malaysia kekal kukuh dan stabil, justeru sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan rundingan yang teliti demi kepentingan jangka panjang negara.

Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa kerajaan akan terus memantau perkembangan isu tarif secara dekat dan mengambil langkah proaktif untuk memastikan kedudukan strategik Malaysia kekal terlindung.

Dalam pada itu, beliau berkata Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Majlis Tindakan Perdagangan Negara (NGCC) akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi mempercepat pelaksanaan cadangan-cadangan yang telah dipersetujui.

“Mandat utama pasukan ini adalah untuk memastikan setiap cadangan dapat dilaksana segera dalam kerangka dasar yang strategik dan menyeluruh,” katanya.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...