Home Ekonomi Tekun Nasional salur RM 98.9 juta kepada usahawan Sabah
Ekonomi

Tekun Nasional salur RM 98.9 juta kepada usahawan Sabah

Tekun Nasional salur RM 98.9 juta kepada usahawan Sabah

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick/ Foto fail

KOTA KINABALU, 22 September – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyalurkan pembiayaan sebanyak RM98.9 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, jumlah berkenaan melebihi sasaran iaitu RM84.5 juta.

\”Pembiayaan RM98.9 juta itu termasuk RM1.91 juta yang disalurkan kepada 480 usahawan yang berniaga di Pasar Tamu.

\”TEKUN Nasional akan terus komited dalam membantu usahawan informal dan mikro dalam menyediakan pembiayaan serta pembangunan usahawan,\” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat TEKUN Sabah dan Pejabat TEKUN Cawangan Kota Kinabalu, di sini.

Ewon berkata sejak diwujudkan pada 1998 hingga kini, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada 587,216 usahawan yang bernilai RM9.7 bilion di seluruh negara.

\”Bagi negeri Sabah, TEKUN Nasional telah menyalurkan RM1.1 bilion kepada 64,313 usahawan bagi tempoh yang sama melalui 25 pejabat TEKUN Cawangan,\” katanya.

Sementara itu, Ewon berkata pembukaan pejabat TEKUN Sabah di lokasi yang baharu ialah langkah memperkukuh kedudukan serta memberi manfaat kepada para usahawan bagi seluruh Sabah khususnya di Kota Kinabalu.

\”Ini merupakan inisiatif penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan dan saya yakin TEKUN Nasional akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat terutama usahawan informal dan mikro di seluruh negara,\” katanya.

Related Articles

SKSB, Kopela lancar Bayar Jak, platform fintech Islam di Sarawak
Ekonomi

SKSB, Kopela lancar Bayar Jak, platform fintech Islam di Sarawak

PENGURUS Besar, Kumpulan Modal Insan, Bintulu Port Holdings Berhad, Herwan Ramelan (kiri...

Malaysia pilihan Snowflake perluas operasi di ASEAN
Ekonomi

Malaysia pilihan Snowflake perluas operasi di ASEAN

PETALING JAYA: Snowflake, syarikat pengkomputeran awan global, menjadikan Malaysia sebagai salah satu...

Cropmate rancang komersial baja ESG pada 2026
Ekonomi

Cropmate rancang komersial baja ESG pada 2026

LOGO Cropmate.KUALA LUMPUR: Cropmate Group Berhad (Cropmate) merancang untuk mengkomersialkan formula baja...

Saham Asia jatuh didorong perubahan dasar tarif
Ekonomi

Saham Asia jatuh didorong perubahan dasar tarif

DASAR tarif Rumah Putih mempengaruhi pasaran saham Asia pada Isnin. -APPETALING JAYA:...