Home Ekonomi Teknologi maklumat dan komunikasi, e-dagang jana RM427.7b pada 2023
Ekonomi

Teknologi maklumat dan komunikasi, e-dagang jana RM427.7b pada 2023

Teknologi maklumat dan komunikasi, e-dagang jana RM427.7b pada 2023

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Akaun Satelit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ASTMK) dan e-dagang menjana RM427.7 bilion pada 2023 dengan sumbangan sebanyak 23.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 22.9 peratus atau RM411.6 bilion pada 2022. 

ASTMK adalah kerangka statistik mengukur prestasi industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), termasuk e-dagang dan sumbangannya kepada KDNK.

Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, TMK dan e-dagang berkembang sebanyak 3.9 peratus berbanding 14.3 peratus pada tahun sebelumnya. 

“TMK dan e-dagang terdiri daripada Nilai Ditambah Kasar Industri TMK (NDKTMK) dengan sumbangan sebanyak 13.8 peratus dan 9.6 peratus daripada e-dagang dalam industri bukan TMK.”

“NDKTMK sebanyak RM252.0 bilion mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.8 peratus berbanding 11.4 peratus pada tahun sebelumnya, disokong oleh perkhidmatan TMK yang menyumbang 41.6 peratus. 

“Ini diikuti oleh pembuatan TMK, perdagangan TMK, serta kandungan dan media masing-masing menyumbang 38.2 peratus, 14.2 peratus dan 6.0 peratus,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, Nilai Ditambah Kasar e-dagang berjumlah RM248.2 bilion dengan pertumbuhan perlahan sebanyak 3.7 peratus berbanding 19.2 peratus pada tahun sebelumnya. 

“Sumbangan e-dagang kepada KDNK merekodkan 13.6 peratus dengan sektor pembuatan kekal sebagai penyumbang utama sebanyak 51.8 peratus, diikuti oleh sektor perkhidmatan sebanyak 45.2 peratus. 

“Bagi, sumbangan selebihnya adalah bagi sektor perlombongan dan pengkuarian serta pertanian dan pembinaan,” katanya. 

Beliau turut menjelaskan bahawa eksport produk TMK menyumbang 34.5 peratus kepada eksport Malaysia, bernilai RM430.7 bilion pada 2023 didominasi oleh barang TMK dengan sumbangan 90.9 peratus. 

“Sementara itu, import produk TMK mencatatkan sumbangan 23.4 peratus kepada import negara dengan nilai RM270.7 bilion, disumbangkan oleh barangan TMK sebanyak 84.3 peratus. 

“Secara keseluruhan, eksport bersih produk TMK mencatatkan lebihan sebanyak RM160.0 bilion pada 2023,” katanya. 

Dari segi tenaga buruh, tambahnya, guna tenaga dalam industri TMK meningkat 1.6 peratus kepada 1.24 juta orang pada 2023, dengan sumbangan sebanyak 7.8 peratus kepada keseluruhan guna tenaga di Malaysia. 

“Guna tenaga ini didominasi oleh pembuatan TMK, 35.6 peratus, diikuti oleh perkhidmatan TMK dan perdagangan TMK dengan masing-masing menyumbang 29.2 peratus dan 22.4 peratus,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...