Home Ekonomi Tarif AS: Tidak perlu terburu-buru semak semula KDNK negara
Ekonomi

Tarif AS: Tidak perlu terburu-buru semak semula KDNK negara

Tarif AS: Tidak perlu terburu-buru semak semula KDNK negara

Suasana hari pertama Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak perlu terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) buat masa ini, menurut Menteri Kewangan II. 

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keputusan itu hanya akan ditentukan selepas Jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menilai impak tarif terkini Amerika Syarikat (AS). 

Beliau berkata, Malaysia perlu bersikap realistik dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara dan menilai kesan tarif diperkenalkan Presiden AS, Donald Trump. 

“Jika penilaian akhir ini dilihat menjadi lebih mencabar, maka seperti mana-mana negara lain kita akan mengkaji semula anggaran pertumbuhan pada masa depan. 

“Bagaimanapun, buat masa ini, kerajaan masih menjalankan analisis dan mengadakan perbincangan dengan AS serta rakan serantau dengan melihat kepada kepelbagaian serta perkara yang boleh dilakukan bersama untuk membina hala tuju yang lebih baik,” katanya katanya selepas merasmikan Pemeran Rumah Terbuka Malaysia sempena ASEAN 2025 di sini semalam.

Mengulas mengenai kejatuhan pasaran saham global termasuk Malaysia, beliau berkata, situasi semasa membolehkan pelabur mengenal pasti dan memilih pelaburan yang lebih baik pada jangka panjang. 

“Dalam keadaan seperti ini, ia juga menjadi masa yang baik untuk pelabur kembali memasuki pasaran kerana inilah masanya anda boleh mengenal pasti dan memilih ekuiti yang lebih baik untuk jangka panjang,” katanya.

Menurutnya, disokong institusi tempatan dengan kecairan yang agak tinggi dalam institusi tempatan, ia membuka peluang kepada pelabur untuk mengukuhkan portfolio pada masa hadapan.

“Jadi saya rasa ini adalah sebahagian daripada kitaran normal pasaran kewangan. Akan ada tempoh di mana turun naik adalah tinggi.

“Tetapi sekali lagi, seperti kebiasaannya, kita tidak sepatutnya panik. Kita sepatutnya melihat kepada peluang apabila ia muncul. 

“Perkara utama bagi kita adalah untuk menumpukan kepada bagaimana kita membina institusi yang kukuh ke hadapan,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...