Home Ekonomi Tabung Haji Komited Jayakan Inisiatif Ekonomi Madani, Perkasa Saluran Bantuan
Ekonomi

Tabung Haji Komited Jayakan Inisiatif Ekonomi Madani, Perkasa Saluran Bantuan

Tabung Haji Komited Jayakan Inisiatif Ekonomi Madani, Perkasa Saluran Bantuan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) –Lembaga Tabung Haji (TH) komited mendukung usaha kerajaan memperkasa ekonomi negara melalui inisiatif membabitkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) selaras dengan Ekonomi MADANI.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif THSyed Hamadah Syed Othman berkata sejak penubuhan lebih enam dekad lepas, TH telah menyalurkan zakat berjumlah RM1.37 bilion kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri untuk diagihkan kepada golongan asnaf.

Beliau berkata selaku organisasi pengurusan simpanan patuh Syariah bagi tujuan mengerjakan ibadah haji, TH turutmenyahut tanggungjawabmenerajui serta memperluas peranan perbankan Islam dalam menyalurkan bantuan lebih teratur kepada golongan memerlukan.

“Kami beriltizam untuk mengukuhkan kelestarian impak sosial negara menerusi instrumen kewangan Islam.

“Komitmen memperkasa penyaluran bantuan ini dapat dilihat melalui kejayaan pelaksanaan inisiatif Sadaqa House yang dikelola oleh syarikat sekutu kumpulan TH iaitu Bank Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) pagi inimengenai enam GLICutama negara, termasuk TH yang memberikomitmen secara kolektif membuat pelaburan langsung domestik sebanyak RM120 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Inisiatif diterajui MOFdi bawah pelaksanaanfasa pertama program GEAR-uP, adalah sebagai memangkinsektor ekonomi utama negara.

Menjelaskan selanjutnya, Syed Hamadah berkata dana bernilai lebih RM25 juta daripada inisiatif Sadaqa House telah disalurkan untuk meningkatkan kemampuan 1,200 usahawan mikro menerusi program pembiayaan mikro iTEKAD.

Selain itu, dana Sadaqa House turut dimanfaatkan untuk memelihara kesejahteraan hidup dan pendidikan kepada hampir 10,000 penerima manfaat termasuk 86 anak yatim yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi manakala selebihnya daripada golongan asnaf dan B40 di seluruh negara menerusi pelbagai usaha dan program.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...