Saturday , 9 November 2024
Home Ekonomi Syarikat tersenarai, NLCos disaran patuhi keperluan NSRF
Ekonomi

Syarikat tersenarai, NLCos disaran patuhi keperluan NSRF

Syarikat tersenarai, NLCos disaran patuhi keperluan NSRF

AMIR HAMZAH AZIZAN

KUALA LUMPUR: Syarikat tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia dan ACE serta syarikat besar tidak tersenarai (NLCos) dengan pendapatan tahunan sebanyak RM2 bilion dan ke atas disarankan mematuhi keperluan Rangka Kerja Kelestarian Kebangsaan (NSRF). 

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, NSRF merangka pendekatan Malaysia terhadap pelaporan kelestarian, menggunakan piawaian pendedahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (Piawaian ISSB) serta kerangka untuk jaminan kelestarian.  

Jelasnya, Malaysia kini menyertai lebih 20 bidang kuasa, yang secara kolektif mewakili 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global, yang memutuskan atau sedang mengambil langkah untuk menggunakan piawaian terbabit.

“Ini adalah langkah signifikan dalam komitmen kami untuk mengintegrasikan kelestarian ke dalam teras pembangunan ekonomi negara.

“Kelestarian adalah salah satu daripada enam nilai teras Malaysia Madani, termasuk kasih sayang dan empati, penghormatan, inovasi, kemakmuran dan kepercayaan. 

“Asas ini yang diperlukan untuk membina Malaysia lebih baik untuk rakyat,” katanya pada ucaptama sempena pelancaran NSRF di sini hari ini

Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Mohammad Faiz Azmi.

NSRF dibangunkan oleh Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kelestarian (ACSR) yang ditubuhkan tahun lalu dengan sokongan Kementerian Kewangan.  

Amir Hamzah berkata, jawatankuasa itu sudah membangunkan kerangka JSRF selepas pertimbangan teliti terhadap pelbagai faktor, termasuk kesediaan syarikat dan ekosistem serta sokongan yang diperlukan untuk pelaksanaan.  

Beliau berkata, rangka kerja itu lebih daripada sekadar kemajuan peraturan dan ia menangani keperluan maklumat pelabur dan pembiaya untuk membantu dalam keputusan pengagihan modal dan mempromosikan kemakmuran ekonomi, selaras pengurusan alam sekitar dan tanggungjawab sosial.  

“Pelabur global menunjukkan minat baharu terhadap naratif reformasi Malaysia seperti yang tercermin dalam pasaran modal domestik dan dicontohkan oleh FBM KLCI yang mencapai tahap tertinggi baharu serta Pelaburan Langsung Asing (FDI) oleh syarikat global seperti Microsoft, Google, Byte Dance dan Infineon Technologies.  

“Kita sudah melihat transformasi dalam cara pelabur mendekati portfolio mereka. Secara sejarah, metrik kewangan adalah satu-satunya ukuran kejayaan, tetapi itu tidak lagi berlaku hari ini,” katanya. 

Menurutnya, kelestarian bukanlah pilihan dan ia adalah keperluan di mana syarikat di seluruh dunia sedang dinilai dengan piawaian lebih tinggi dalam prestasi alam sekitar dan sosial (ESG) dan Malaysia tidak terkecuali.

“Kerajaan komited kepada pembangunan lestari dan ia disematkan dalam kerangka dasar dan keutamaan kami. 

“Malaysia adalah salah satu daripada 10 negara di Asia Tenggara yang mengumumkan tarikh sasaran untuk mencapai pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050 seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Kemenangan Trump: Sektor minyak sawit mungkin terkesan
Ekonomi

Kemenangan Trump: Sektor minyak sawit mungkin terkesan

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Sektor minyak sawit dijangka terkesan susulan kemenangan calon daripada...

BNM mungkin berhadapan cabaran kekal OPR pada 2025
Ekonomi

BNM mungkin berhadapan cabaran kekal OPR pada 2025

OPR semasa berada pada 3.0 peratus sejak dinaikkan kali terakhir pada Mei...

Petronas, SLB, Velestro, NOV bekerjasama tingkat kecekapan sektor E&P Malaysia.
Ekonomi

Petronas, SLB, Velestro, NOV bekerjasama tingkat kecekapan sektor E&P Malaysia.

BACHO Pilong (belakang, dua dari kiri) bersama para penandatangan dan wakil dari...

EcoWorld peroleh tanah bernilai RM742.4j dari Boustead Properties
Ekonomi

EcoWorld peroleh tanah bernilai RM742.4j dari Boustead Properties

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia) memperoleh 342.87...