Home Ekonomi Syarikat Pemula Boleh Bentang Idea Terus Kepada Parlimen Seperti Saranan Fahmi – KLSS
Ekonomi

Syarikat Pemula Boleh Bentang Idea Terus Kepada Parlimen Seperti Saranan Fahmi – KLSS

Syarikat Pemula Boleh Bentang Idea Terus Kepada Parlimen Seperti Saranan Fahmi – KLSS

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) — Syarikat pemula niaga Malaysia kini boleh membentangkan idea mereka terus kepada penggubal dasar di Parlimen seperti yang disarankan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Sidang Kemuncak Syarikat Pemula KL (KLSS) 2024 pada 17 Julai lepas.

KLSS dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Fahmidalam ucapan perasmiannya telah melontarkan idea itu untuk perbincangan dan mesyuarat usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seterusnya yang akan diadakan di Parlimen.

Menurut KLSS, inisiatif itu bertujuan mendapatkan sokongan serta dukungan Ahli Parlimen bagi menekankan komitmen kerajaan dalam memupuk keusahawanan dan inovasi di peringkat tertinggi.

“Penganjur komited untuk menjalin kerjasama rapat dengan Kementerian Komunikasi untuk mereka bentuk program yang menghubungkan usahawan peringkat awal dengan penggubal dasar secara berkesan,” katanya.

Pengarah KLSS 2024 Inbaraj Suppiah dalam kenyataan sama memaklumkan sidang kemuncak itu bertujuan menjadi hab untuk syarikat pemula niaga dan usahawan, menyediakan akses langsung serta menghubung syarikat pemula Malaysia dengan penggubal dasar melalui penganjuran ‘Demo Days’ diParlimen.

Edisi keempat KLSS, yang dianjurkan oleh komuniti syarikat pemula dan PKS di Malaysia, dihadiri lebih 300 orang termasuk usahawan peringkat awal, pelabur, pembina ekosistem dan pelbagai wakil korporat serta kerajaan.

Ia menampilkan perbincangan panel, bengkel kelas pakar dan sesipitching, melibatkan peserta dalam pembelajaran daripada pemimpin industri, rangkaian dinamik serta membina hubungan bermakna bagi memupuk inovasi dan pertumbuhan.

— Livevartha

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...